1. | Yang satu tidak ada duanya | Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya. |
2. | Yang dua tiada tiganya | Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam. |
3. | Yang tiga tiada empatnya | Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala. |
4. | Yang empat tiada limanya | Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. |
5. | Yang lima tiada enamnya | Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh. |
6. | Yang enam tiada tujuhnya | Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga. |
7. | Yang tujuh tiada lapannya | Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga. |
8. | Yang lapan tiada sembilannya | Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat. |
9. | Yang sembilan tiada sepuluh | Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik. |
10. | Sepuluh yang sempurna | Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna. |
11. | Yang sebelas | Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. |
12. | Yang dua belas | Bilangan bulan dalam setahun. |
13. | Yang tiga belas | Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas. |
14. | Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga | Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta. |
15. | Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka | Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka. |
16. | Tempat roh dalam badan manusia | Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku. |
17. | Al Zariyati Zarwa | Nama empat macam angin. |
18. | Al Hamilati Wakra | Awan gemawan di dada langit. |
19. | Al Jariyati Yusra | Perahu-perahu yang belayar di laut. |
20. | Al Mukassimati Amra | Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban. |
21. | Yang empat belas | Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat." |
22. | Kubur yang berjalan dengan penghuninya | Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala. |
23. | Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh. | Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas. |
24. | Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi. | Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda. |
25. | Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan. | Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam. |
26. | Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk. | Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai |
27. | Darah yang mula-mula mengalir ke bumi. | Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil. |
28. | Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat. | Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat. |
29. | Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh. | Tongkat Nabi Musa Alaihissalam |
30. | Wanita yang paling utama. | Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran. |
31. | Gunung yang paling utama | Gunung Tursina |
32. | Binatang yang paling utama. | Kuda. |
33. | Bulan yang paling utama. | Bulan Ramadhan. |
34. | Malam yang paling utama. | Lailatul Qadar. |
35. | Tentang Atta’mah | Hari Kiamat. |
36. | Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan. | Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat |
37. | Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji. | Bahtera Nabi Noh Alaihissalam. |
38. | Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu. | Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar. |
39. | Nakir, fatil dan kitmir. | Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih. |
40. | Sabid dan Labad | Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi. |
41. | Sam dan Ram. | Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam. |
42. | Maksud keldai Makwak. | Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya. |
43. | Maksud anjing menyalak. | Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa. |
44. | Maksud jeritan kuda. | Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat. |
45. | Maksud jeritan unta. | Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku. |
46. | Maksud nyanyian burung Bulbul. | Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang. |
47. | Maksud bunyi katak. | Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya. |
48. | Maksud kata-kata burung Nakus. | Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?. |
49. | Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat. | Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih... |
50. | Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam. | Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit. |
pertanyaan yang dibuat2.